Pembelian & Bayaran Balik
Mudah sahaja!
Anda hanya perlu daftar akaun di myakademik.com, pilih kursus yang anda minati, dan klik butang "Daftar Sekarang."
Kemudian, ikuti langkah-langkah pembayaran yang tertera sehingga selesai.
Akses ke kursus akan diberikan secara automatik selepas bayaran disahkan.
Kami menerima bayaran melalui beberapa kaedah utama:
- Perbankan Internet (Online Banking)
- Kad Kredit / Kad Debit (Visa, Mastercard)
- FPX Payment Gateway
- E-Wallets terpilih (mengikut ketersediaan sistem)
Semua pembayaran adalah selamat dan dilindungi melalui sistem gerbang pembayaran yang dipercayai.
Ya, kebiasaannya pembayaran akan dikemaskini secara automatik dalam masa beberapa minit selepas transaksi berjaya.
Sekiranya anda menghadapi sebarang kelewatan lebih daripada 1 jam, anda boleh menghubungi pasukan sokongan kami untuk semakan segera.
Ya, semua kursus di myakademik.com perlu dibayar penuh sebelum akses kepada kandungan kursus diberikan.
Kami belum menawarkan bayaran ansuran buat masa ini untuk memastikan proses pembelajaran berjalan lancar dan tidak terganggu.
Sila pastikan maklumat kad kredit/debit anda betul dan akaun anda mempunyai baki yang mencukupi. Jika masalah berterusan, cuba guna pelayar lain atau hubungi kami di ask.myakademik@gmail.com.
Polisi bayaran balik kami adalah berdasarkan syarat tertentu.
Kami hanya mempertimbangkan permohonan bayaran balik jika:
- Kandungan kursus tidak dapat diakses langsung, atau
- Berlaku kesilapan teknikal yang tidak dapat diselesaikan dalam tempoh munasabah.
Permohonan perlu dikemukakan melalui sistem sokongan dalam tempoh 7 hari selepas pembelian.
(Sila rujuk Polisi Pemulangan rasmi kami untuk maklumat terperinci.)
Anda boleh menghantar permohonan bayaran balik dalam tempoh 7 hari selepas pembelian, dengan syarat anda belum menamatkan lebih 20% kursus. Sila rujuk Polisi Bayaran Balik kami untuk maklumat lanjut.
Jangan risau!
Setiap transaksi akan direkodkan dalam sistem akaun pengguna anda di myakademik.com.
Anda boleh log masuk ke akaun anda dan semak sejarah pembelian pada bila-bila masa.
Tidak.
Harga yang dipaparkan di halaman kursus adalah harga akhir yang perlu dibayar.
Tiada caj tambahan, tiada kos tersembunyi.
Kami berpegang pada prinsip kejujuran dan ketelusan dalam semua urusan pembelian.
Jika anda menghadapi sebarang masalah semasa membuat pembayaran, anda boleh:
Menghubungi pasukan sokongan kami melalui sistem tiket bantuan.
Hantar e-mel kepada kami di alamat rasmi sokongan atau hantarkan Tiket ke Telegram rasmi kami.
Kami akan membantu anda menyelesaikan isu pembayaran secepat mungkin.
Masukkan kod kupon anda di ruangan "Kod Diskaun" semasa proses pembayaran, kemudian klik "Gunakan". Diskaun akan ditolak secara automatik daripada jumlah keseluruhan.
Untuk memastikan kursus anda mendapat perhatian yang lebih luas dan cepat, kami menawarkan slot pengiklanan eksklusif di platform myakademik.com dengan harga yang bermula daripada RM150 hingga RM300 sebulan.
Dengan slot pengiklanan ini, kursus anda akan dipaparkan secara lebih menonjol di halaman utama, halaman kategori, dan beberapa lokasi strategik lain dalam platform memberikan anda kelebihan kompetitif di mata bakal pelajar.
Pelaburan kecil ini mampu memberikan pulangan besar dalam membina nama dan bilangan pelajar anda!
Setiap instruktur yang menjual kursus melalui myakademik.com akan menerima 80% daripada harga jualan bersih.
Pihak myakademik.com hanya mengambil 20% sebagai caj pengurusan platform tanpa sebarang caj tersembunyi, tanpa bayaran tambahan, kecuali yang dinyatakan jelas dalam terma dan syarat kami.
Kami percaya pada ketelusan.
Apa yang anda lihat, itulah yang anda dapat.
Tiada potongan mengejut. Tiada kos terselindung. Hanya kerjasama jujur untuk membantu anda mengembangkan legasi ilmu anda.
Bayaran komisyen kepada instruktur akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan, dalam tempoh empat (4) hari bekerja selepas proses pengesahan jualan diselesaikan.
Kami berusaha memastikan setiap bayaran dilakukan dengan tepat, telus dan mengikut masa.
Tidak.
Menjadi instruktur di myakademik.com adalah percuma.
Kami tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran, yuran bulanan, atau sebarang bayaran pendahuluan.
Bayaran hanya diambil apabila berlaku jualan iaitu 20% daripada harga jualan kursus anda, seperti yang dinyatakan dalam sistem komisyen kami.
Dengan ini, anda boleh fokus sepenuhnya untuk membina kursus terbaik, tanpa sebarang tekanan kewangan awal.
Di myakademik.com, kami percaya bahawa ilmu yang dikongsi harus bermula dengan kepercayaan, bukan bayaran.
Anda boleh bank-in/manual transfer ke akaun syarikat. Selepas itu, hantar resit (gambar/ PDF) kepada admin untuk pengesahan.
Nama Akaun: VIONAVI
Nama & No Akaun:
Maybank
562107118768
Rujukan Transaksi:
Tulis “Bayaran Kursus myakademik.com | [Nama Kursus] | [Emel Akaun myakademik.com anda]” pada ruangan rujukan.
Emel:
payment@myakademik.com
Subjek Emel:
“Resit Bayaran Kursus | [Nama Kursus] | [Emel Akaun myakademik.com anda]”
Lampiran Wajib:
Resit/ tangkap layar transaksi yang jelas (tarikh, masa, jumlah, nombor rujukan).
Biasanya 24 jam hari bekerja. Admin akan sahkan resit dan aktifkan akses kursus dalam akaun anda.
Hubungi admin dengan resit + emel akaun myakademik.com + penjelasan. Kami akan semak dan betulkan pesanan/ pulangkan beza (jika berkenaan) mengikut polisi.
Boleh. Guna checkout online (FPX/ kad) di laman kami. Selepas bayaran berjaya, sistem akan auto aktifkan kursus dalam akaun anda (tiada resit manual diperlukan).
Hantarkan segera bersama emel akaun myakademik.com, nama kursus, tarikh & masa transaksi, jumlah & nombor rujukan.
Wajib daftar akaun dahulu menggunakan emel aktif. Selepas admin sahkan resit, kursus akan dimasukkan ke akaun beremel tersebut.
Ambil semula gambar yang jelas (atau muat turun resit PDF dari perbankan internet). Resit kabur boleh melambatkan pengesahan.
Jika kursus menyokong ansuran, arahan akan dinyatakan pada halaman kursus/ checkout.
Pengurusan Akaun
Sila log masuk ke akaun anda → pergi ke Profil Saya → klik “Edit Profil” dan kemas kini nama anda. Jika tidak berjaya, hantarkan permintaan ke support@myakademik.com.
Di hujung setiap e-mel, terdapat pautan "Berhenti Langgan" (Unsubscribe). Klik pautan tersebut dan ikuti arahan selanjutnya.
Pergi ke halaman Log Masuk, klik "Lupa Kata Laluan", dan ikuti langkah pemulihan. Anda juga boleh menukar kata laluan dari Profil Saya > Keselamatan Akaun selepas log masuk.
Ya, boleh.
Sekiranya anda memiliki kemahiran yang diiktiraf melalui sijil rasmi atau mempunyai pengalaman kemahiran yang kukuh melalui portfolio kejayaan anda, anda dialu-alukan untuk mendaftar sebagai pengajar di myakademik.com.
Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan rasmi kami:
👉 Ya, boleh.
Sekiranya anda memiliki kemahiran yang diiktiraf melalui sijil rasmi atau mempunyai pengalaman kemahiran yang kukuh melalui portfolio kejayaan anda, anda dialu-alukan untuk mendaftar sebagai pengajar di myakademik.com.
Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan rasmi kami:
👉 https://myakademik.com/become-an-instructor/
Anda hanya perlu mengisi borang pendaftaran di https://myakademik.com/become-an-instructor/, lengkapkan maklumat yang diminta, dan pasukan kami akan membuat semakan dalam tempoh 3–5 hari bekerja.
Jika diluluskan, anda akan diberikan akses penuh ke dashboard instruktur untuk mula membina kursus anda.
Kursus & Sijil
Tidak perlu, tetapi Kami mengiktiraf dua laluan utama:
Melalui sijil kelayakan rasmi daripada institusi yang diiktiraf.
Atau melalui portfolio kejayaan yang membuktikan kepakaran anda dalam bidang tertentu.
Kami meraikan kedua-dua jenis kredibiliti kerana bagi kami, nilai sebenar seorang pendidik bukan hanya terletak pada sekeping sijil, tetapi pada kesungguhan dan kejayaan yang dibuktikan.
Apa yang lebih penting adalah anda mampu menyampaikan ilmu secara berkesan dan bertanggungjawab.
Tidak secara automatik.
Setiap kursus yang dihantar akan melalui proses semakan oleh pasukan Penyelidikan Kursus kami.
Sekiranya kursus anda memenuhi kriteria kualiti dan garis panduan yang ditetapkan, ia akan segera dipaparkan di platform.
Sekiranya terdapat sebarang isu, kami tidak akan terus menolak kursus anda. Sebaliknya, kami akan memberikan maklum balas dan bimbingan untuk anda melakukan pembetulan yang diperlukan.
Kami komited untuk membantu instruktur berjaya, bukan sekadar menilai.
Kami menerima pelbagai jenis kursus, akademik, kemahiran teknikal, seni kreatif, keusahawanan, kesihatan, pembangunan diri, dan banyak lagi.
Selagi kursus anda memenuhi garis panduan kualiti kami dan memberikan nilai sebenar kepada pelajar, ia sangat dialu-alukan.
Tempoh semakan standard adalah 3 hingga 7 hari bekerja.
Kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin sama ada kursus anda diluluskan atau perlu dilakukan pembetulan kecil.
Ya, sudah tentu.
Sebagai instruktur, anda berhak dan digalakkan untuk mengemaskini kandungan kursus anda menambah modul baru, memperbaiki video, atau mengemaskini bahan pembelajaran untuk mengekalkan kualiti terbaik.
Ya.
myakademik.com menyediakan pasukan sokongan teknikal dan bantuan instruktur yang boleh dihubungi melalui e-mel atau sistem tiket sokongan rasmi di Telegrem.
Kami sedia membantu anda dalam isu teknikal, garis panduan kandungan dan strategi pengajaran.
Ya.
Setiap pelajar yang berjaya melengkapkan kursus sepenuhnya akan diberikan sijil penyertaan digital yang sah dikeluarkan oleh myakademik.com.
Sijil ini boleh dimuat turun terus dari akaun anda untuk simpanan atau digunakan bagi tujuan peribadi dan profesional.
Sijil yang dikeluarkan oleh myakademik.com adalah bukti bahawa anda telah mengikuti dan melengkapkan kursus yang ditawarkan oleh tenaga pengajar profesional di platform kami.
Walaupun sijil ini bukan sijil akreditasi kerajaan (seperti sijil universiti awam atau MQA), ia tetap mempunyai nilai tambah dalam profil kerjaya, portfolio, dan sebagai bukti kompetensi dalam bidang yang dipelajari.
Sebaik sahaja anda melengkapkan 100% kandungan kursus dan memenuhi keperluan yang ditetapkan (seperti ujian akhir jika ada), sijil digital anda akan dijana secara automatik.
Anda boleh memuat turun sijil tersebut melalui akaun anda di bahagian “Dashboard” → “Certificates”.
Tidak perlu.
Sijil penyertaan adalah termasuk dalam harga kursus yang anda bayar.
Tiada bayaran tambahan dikenakan untuk memuat turun sijil selepas anda tamat kursus.
Ya.
Ramai pelajar kami menggunakan sijil myakademik.com untuk mengukuhkan resume, profil LinkedIn, atau sebagai bukti penguasaan kemahiran tertentu ketika memohon pekerjaan.
Walau bagaimanapun, kami menggalakkan anda untuk menyertakan sijil ini bersama pengalaman lain yang relevan untuk meningkatkan kebolehpasaran anda.
Keselamatan Data & Maklumat
Ya.
Keselamatan maklumat pengguna adalah keutamaan utama kami.
myakademik.com menggunakan sistem keselamatan bertaraf industri, termasuk enkripsi data (SSL Secure), firewall perlindungan, dan pemantauan sistem secara berkala untuk memastikan semua maklumat akaun dan transaksi kekal selamat daripada pencerobohan.
Kami menyarankan anda mengikuti langkah keselamatan berikut:
Gunakan kata laluan yang kuat dan unik.
Jangan berkongsi kata laluan anda dengan sesiapa.
Tukar kata laluan anda secara berkala.
Pastikan anda hanya log masuk melalui laman rasmi https://myakademik.com.
Keselamatan bermula daripada diri sendiri kami di sini untuk melindungi anda, bersama-sama.
Tidak.
myakademik.com tidak menyimpan sebarang maklumat kad kredit atau butiran pembayaran pengguna di dalam server kami.
Semua transaksi pembayaran diproses terus melalui gerbang pembayaran pihak ketiga yang diperakui keselamatannya.
Sekiranya dikesan sebarang percubaan pencerobohan, sistem keselamatan kami akan:
- Mengunci akaun secara automatik (jika perlu).
- Memberikan notifikasi segera kepada pengguna yang terlibat.
- Menjalankan audit keselamatan serta-merta untuk menghalang sebarang risiko lanjut.
Kami komited untuk bertindak pantas dan proaktif dalam memastikan keselamatan anda sentiasa terjaga.
Sekiranya anda mengesyaki akaun anda telah digodam atau berlaku sebarang aktiviti mencurigakan, sila hubungi pasukan keselamatan kami segera melalui e-mel rasmi sokongan atau sistem tiket bantuan di portal myakademik.com.
Tindakan segera boleh mengelakkan risiko lebih besar.
Pada masa ini, myakademik.com sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan sistem Pengesahan Dua Faktor (2FA) bagi meningkatkan keselamatan akaun pengguna.
Melalui 2FA, pengguna akan diminta mengesahkan log masuk melalui satu langkah tambahan seperti kod OTP (One-Time Password) melalui e-mel atau telefon.
Ini akan memberikan perlindungan tambahan terhadap akses tanpa kebenaran.
Sekiranya anda terlupa kata laluan, anda boleh menetapkan semula (reset password) melalui pautan “Lupa Kata Laluan” pada halaman log masuk.
Kami akan menghantar e-mel pengesahan untuk memastikan bahawa hanya pemilik akaun sebenar yang boleh menukar kata laluan tersebut.
Kami tidak pernah meminta kata laluan anda secara langsung melalui e-mel atau sebarang saluran lain.
myakademik.com mengambil pendekatan zero tolerance terhadap sebarang bentuk penipuan, sama ada dalam pembayaran, penyalahgunaan kursus, atau penyalahgunaan akaun pengguna.
Akaun yang didapati terlibat dalam aktiviti penipuan akan ditamatkan serta-merta dan tindakan lanjut mungkin diambil jika perlu.
Ya.
Semua komunikasi antara pengguna dan platform myakademik.com dilindungi sepenuhnya melalui sijil SSL (Secure Socket Layer) terkini.
Ini bermaksud segala maklumat yang dihantar termasuk butiran peribadi, pembayaran, dan data login dienkripsi dan tidak boleh diakses oleh pihak ketiga.
Kami menjalankan:
Pemantauan keselamatan 24/7.
Audit keselamatan berkala terhadap sistem dan pelayan (server).
Kemas kini perisian (software updates) secara berkala untuk menutup sebarang potensi kelemahan keselamatan.
Matlamat kami ialah memastikan myakademik.com sentiasa menjadi tempat pembelajaran yang selamat, dipercayai, dan bebas daripada ancaman digital.
Ya, setiap video akan diproses dengan menambah watermark rasmi myakademik.com sebelum dimuat naik ke YouTube (Unlisted Mode).
Watermark digunakan untuk melindungi hak cipta, mengelakkan penyalahgunaan dan sebagai penjenamaan rasmi kursus anda di myakademik.com.
Tidak. Watermark diletakkan secara profesional dan tidak mengganggu kandungan utama video.
Tidak. Semua video kursus wajib mempunyai watermark rasmi myakademik.com sebagai sebahagian daripada polisi keselamatan dan standard kualiti platform.
Ya. Hak cipta asal kekal milik anda sebagai instruktor. Watermark hanya sebagai perlindungan tambahan dan identiti rasmi platform.
Affiliate
Tidak. Semua orang boleh mendaftar sebagai affiliate tanpa perlu ada sijil pengajaran. Affiliate hanya memerlukan akaun myakademik.com untuk mula berkongsi link kursus.
Sangat mudah:
✅ Daftar di pautan rasmi: https://myakademik.com/affiliate-registration/
✅ Akaun affiliate akan diluluskan oleh admin.
✅ Selepas diluluskan, anda boleh mula menyalin link affiliate kursus dari dashboard.
Komisen asas affiliate ialah 10% daripada harga kursus.
Nota: Komisen boleh lebih tinggi (contoh 25% – 30%) sekiranya pengajar membuka peluang percent tambahan untuk kursus mereka.
Komisen akan dibayar terus ke akaun bank anda.
- Semasa daftar affiliate, anda perlu mengisi maklumat bank.
- Pihak syarikat akan membuat pembayaran mengikut jadual payout rasmi (contoh: setiap hujung bulan).
- Status pembayaran boleh dilihat dalam dashboard affiliate.
Tidak.
Pendaftaran affiliate adalah 100% percuma. Tiada caj tersembunyi.
Sistem myakademik.com menggunakan plugin Slicewp yang automatik merekod klik & jualan.
- Setiap kali pelawat beli melalui link anda → komisen terus direkod.
- Anda boleh lihat statistik klik & jumlah jualan di dashboard affiliate.
Secara asas, semua kursus boleh dipromosikan.
Namun, sesetengah kursus mungkin ada komisen lebih tinggi jika pengajar buat permohonan khas.
Jadual pembayaran ditetapkan oleh admin (contoh: hujung bulan).
Affiliate akan menerima notifikasi selepas pembayaran dibuat.
Ya. Had minimum (contoh: RM50) ditetapkan sebelum payout dilakukan.
Jika baki belum capai had minimum, komisen akan dibawa ke bulan berikutnya.
Ya, link affiliate anda adalah kekal. Anda boleh guna link tersebut pada bila-bila masa.
Namun, tracking komisen bergantung pada tempoh cookie yang ditetapkan oleh sistem:
- Tempoh cookie standard di myakademik.com ialah 30 hari.
- Ini bermaksud, jika seseorang klik link anda dan membeli kursus dalam masa 30 hari, anda akan menerima komisen.
- Jika pembelian dibuat selepas 30 hari, komisen tidak akan direkodkan.
Ya. Syarat minimum untuk menjadi affiliate ialah berumur 18 tahun ke atas.
Ini kerana proses pendaftaran memerlukan maklumat bank, dan akaun bank mestilah didaftarkan atas nama sendiri yang sah di sisi undang-undang.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, sila hubungi kami pada bila-bila masa dan perkhidmatan ini 24 jam, 7 hari seminggu
Mulakan Langkah Pertama Anda
Jangan tunggu esok kalau boleh mula hari ini.
Bersedia untuk menjadikan pembelajaran anda lebih bermakna? Sertai kami dan alami perubahan sebenar dalam cara anda belajar.